Advertlets

Saturday, July 25, 2009

MANFAAT MELABUR DALAM AMANAH SAHAM/UNIT AMANAH

Selain potensi untuk pertumbuhan modal dalam tempoh jangka panjang, amanah saham juga menyediakan manfaat lain yang dikenal pasti sebagai menarik berbanding kaedah pelaburan yang lain. Antaranya ialah:

1. Kepelbagaian: Kepelbagaian melibatkan proses menyebarkan risiko merentasi portfolio saham dan bon/sukuk yang luas dalam syarikat, sektor, negara atau rantau yang berlainan. Ini hanya boleh dilakukan dengan adanya jumlah besar wang untuk membeli pelbagai jenis saham. Amanah saham memudahkan proses kepelbagaian dengan menawarkan pelabur kecil, kaedah untuk mengumpulkan wang simpanan mereka bagi membeli portfolio pelbagai saham dan bon/sukuk yang dapat memberikan pemegang unit, pulangan pada risiko yang lebih rendah berbanding dengan pelaburan secara langsung dalam pasaran saham.

2. Pengurusan Profesional: Amanah saham sama ada melantik atau mempunyai pengurus dana profesional dalaman yang mempunyai kemahiran dan sumber bagi menguruskan aset dana. Oleh itu, para pelabur mendapat manfaat daripada pengurusan dana profesional bagi pelaburan mereka di dalam dana pada kos yang rendah (dikongsi).

3. Kecairan: Pemegang unit boleh menebus semua atau sebahagian unit milik mereka pada sebarang Hari Urus Niaga dan prosidnya akan dihantar kepada mereka melalui pos dalam tempoh 10 hari.

4. Urus Niaga yang Mudah: Amanah saham tidak memerlukan pemegang unit melakukan kerja pentadbiran,kertas kerja atau penyimpanan rekod untuk menguruskan pelaburannya.

5. Keuntungan Modal: Melalui penglibatan di dalam sekuriti, pelaburan amanah saham menyediakan peluang untuk memperoleh pertumbuhan modal sebagai sebahagian daripada pulangan pelaburan pemegang unit.

No comments:

Post a Comment