Kali ini, saya ingin berkongsi artikel yang ditulis oleh ikon usahawan muda Malaysia, saudara Irfan Khairi. Artikel tips kewangan yang bertajuk “Di Manakah Tahap Kewangan Anda?” ini menerangkan 4 tahap kewangan seseorang. Berikut adalah ringkasan 4 tahap kewangan tersebut…
#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure).
…tahap dimana tiada wang simpanan ataupun jika ada pun cukup untuk menyara hidup kita dan keluarga selama sebulan sahaja (tanpa bekerja).
#2: Kewangan Selamat.
…tahap dimana wang simpanan yang ada jika kita tiba-tiba hilang pekerjaan atau hilang mata pencarian, cukup untuk menyara hidup kita dan keluarga selama 6 bulan.
#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan.
…tahap dimana kita bebas memilih untuk bekerja ataupun tidak kerana mempunyai wang simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup kita sekeluarga sampai bila-bila.
#4: Tahap Terlalu Kaya atau Ultra Rich.
…tahap ini tak perlu dicerita lagi. Irfan Khairi memberi contoh nama-nama hartawan Malaysia yang berada ditahap ini seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan.
Mungkin ramai diantara kita yang telah terbaca artikel yang lebih kurang serupa isi kandungannya dengan artikel ini di mana-mana buku kewangan, majalah ataupun di internet. Namun adakah kita mengkaji atau menjawab persoalan tersebut? Dan yang paling penting, adakah kita mengambil tindakan yang perlu untuk memperbaiki tahap kewangan kita, terutama kepada yang masih ditahap #1.
Kepada yang sudah ditahap #2, walaupun dinamakan “Kewangan Selamat”, jangan fikir sudah selamat. Ini kerana dengan suasana ekonomi hari ini, wang simpanan yang kita jangkakan cukup untuk menyara hidup kita dan keluarga selama 6 bulan itu mungkin hanya dapat bertahan 2 hingga 3 bulan je… dan dalam tempoh tersebut mungkin kita belum dapat mencari sumber pendapatan yang lain.
So, konklusinya jangan berhenti menabung. Teruskan menambah wang simpanan seboleh yang mampu. Displinkan diri untuk menabung walaupun sedikit tapi konsisten. Sebaik-baiknya jumlah simpanan pun hendaklah konsisten, contohnya tetapkan sekurang-kurangnya 10% dari gaji bulanan untuk dijadikan wang tabungan.
No comments:
Post a Comment